Friday, 25 September 2015

Thursday, 10 September 2015

Cuba

Mencuba untuk mengerti,
Diam tanpa sangsi,
Jangan difikir jangan dimimpi,
Terima semua sepenuh hati

Cuma terdetik rasa di kalbu,
Apa kau jua cuba begitu,
Bila persoalan berjawapan buntu,
Bisa kau diam bisu?

Kaki cuba mengikut gerak,
Berdansa meski hati retak,
Terkadang tertanya dalam benak,
Mengapa perlu ditetapkan rentak,

Ibarat sebuah permainan,
Perlu menang kawal perasaan,
Mengapa rasa seperti pertandingan,
Memang beginikah percintaan?

Cuba untuk seiring denganmu,
Namun kakimu terkadang perlahan laju,
Penat mengejar, lelah menunggu,
Cuba kau berjalan ikut rentakku

Aku takkan cuba memaksa,
Aku takkan cuba berlaga,
Andai kamu tidak berubah kata,
Ke kanan di mulut, kekiri kakinya