Friday 25 September 2015

Thursday 10 September 2015

Cuba

Mencuba untuk mengerti,
Diam tanpa sangsi,
Jangan difikir jangan dimimpi,
Terima semua sepenuh hati

Cuma terdetik rasa di kalbu,
Apa kau jua cuba begitu,
Bila persoalan berjawapan buntu,
Bisa kau diam bisu?

Kaki cuba mengikut gerak,
Berdansa meski hati retak,
Terkadang tertanya dalam benak,
Mengapa perlu ditetapkan rentak,

Ibarat sebuah permainan,
Perlu menang kawal perasaan,
Mengapa rasa seperti pertandingan,
Memang beginikah percintaan?

Cuba untuk seiring denganmu,
Namun kakimu terkadang perlahan laju,
Penat mengejar, lelah menunggu,
Cuba kau berjalan ikut rentakku

Aku takkan cuba memaksa,
Aku takkan cuba berlaga,
Andai kamu tidak berubah kata,
Ke kanan di mulut, kekiri kakinya

Tuesday 23 June 2015

Everything

I don't have much money,
But I'm willing to spend all my savings,
And a penny more,
To buy your smiles

I don't live in a castle,
But I have this ground I'm standing on,
And a place in my heart,
To share with you

I don't have all the time in the world,
But I'm ready to use whatever seconds I have,
And a moment more,
To spend with you

I don't have the looks,
But I promise to make you smile,
And perhaps make you laugh,
To end your sadness

I don't have much,
But I'm willing to give you everything,
And a bit more,
To be with you

Monday 15 June 2015

Izinkan Aku

Izinkan aku berkata-kata,
Bukan untuk beradu senjata,
Barang menyampai secebis rasa,
Untuk didengar disimpan dijiwa

Runtuhkanlah dinding perisaimu,
Bukakanlah pintu buatku,
Ku bawa permata bukan batu,
Hanya untuk tatapan matamu

Bila mungkin kau terima,
Hati ini sedia setia,
Janji diucap penuh bermakna,
Bukan madah sia-sia

Tiada balasan buat diriku,
Tiada ungkitan bunuhlah ragu,
Izinkan aku juarai hatimu,
Jasad dan hatiku kini milikmu

Saturday 9 May 2015

Rebahkan Angkuh

Orang kata,
Hati kena kuat, otak jangan penat,
Benda lepas jangan diingat,
Lupakan kenangan cepat-cepat,
Sebelum luka menjadi tenat

Orang kata,
Hilang satu, seribu datang,
Bukalah hati fikirian biar tenang,
Jangan lemah kerana seseorang,
Masa muda jangan dibuang

Mereka kata,
"Aku faham kau sedih",
"Been there, done that yes pedih",
"You're full of drama, I letih",
"Hati je, bukan badan kena toreh"

Dalam hati ini,
Bukan aku tak cukup kuat,
Cuba melupa, sering diperingat,
Enam tahun kenangan terpahat,
Aku bukan mesin boleh reset dan restart

Dalam hati ini,
Bukan mudah cari pengganti,
Sungguh payah merawat hati,
Bukannya lemah menangis sendiri,
Percayalah sepenuh nyawa disabungi

Dalam hati ini,
Terima kasih kalian atas nasihat,
Walau berbaur hipokrisi bangsat,
Beban aku tanggung cukup berat,
Tak perlu ditambah hinaan kesat

Dalam hati ini,
Aku mohon pada semua,
Buanglah segala ego di dada,
Ku pasti kalian pernah merasa,
Sakit jiwa berkorban cinta

Monday 23 March 2015

Luar Kudrat

Kelenjar air mata tidak berfungsi,
Anak mata kabur tanpa visi,
Mata putih merah bak api,
Menangis hanya dalam hati

Kemudian hati menjadi tenat,
Seluruh otot merasa penat,
Gerak sendi terasa kesat,
Tubuh terlantar luar kudrat

Mencari jalan menyingkir sedih,
Salur darah terasa pedih,
Suhu dingin jadi mendidih,
Setiap nafas, perih

Batin dan zahir tidak serupa,
Fizik digagah sembunyi derita,
Cuba senyum walau hiba,
Yang ditanggung biarlah rahsia


Saturday 21 March 2015

Tulisan Dari Hati

Serindit turun menumpang dahan,
Kiranya pohon tidak bercondongan,
Cuba tumpang kepala di bahu,
Bahu dialih kepala ke batu

Diminta gerimis di tengah hari,
Tiada setitik sudi ke bumi,
Awan berarak bersama awan,
Tiada hirau tanah rawan

Tidaklah pungguk rindukan bulan,
Cuma terkenang malam berteman,
Sisakan secebis kehormatan,
Beralas lembar-lembar ingatan

Dihiris lada tangan menari,
Halus berseni tiada taranya,
Pedih terhiris jari sendiri,
Sudah terhiris garam ditaburnya

Jika tidak airnya tenang,
Tidak sampan menempuh arus,
Jika mudah diganti yang hilang,
Tidak dinanti parut menghalus

Awan menangis mentari memujuk,
Hilang mendung langit gemilang,
Bila hati ingin dipujuk,
Sendiri menangis teman menghilang

Menggalas beban atas bahu,
Ku sangka mudah jalan lurus,
Rupanya tanah penuh berliku,
Bahuku pedih, kasutku haus