Tuesday, 15 November 2022

Hancur



Lelah Untuk Menangis

Biarlah aku seorang menyimpan segala perasaan,
Akan ku kunci segala isi hati, 
Walau jadi racun, biar jadi toksin, 
Tanam sedalam-dalamnya, 
Biar tidak kelihatan walau secalit kekesalan, 
Rasa gelisah menempuh hari-hari keseorangan,
Kesepian yang membelenggu malam


Biarlah aku mengubati hati sendirian, 
Jernihkan segala kekeruhan dengan doa, 
Dengan harapan akan kembali senyuman, 
Yang ikhlas tanpa perlu mengaburi tatapan,
Kerana ku tahu jalan kita sudah tidak sehaluan, 
Jika diteruskan yang tinggal hanya kesedihan,
Aku perlu lalui semua ini sendirian


Andai dapat ku putar waktu ke masa silam, 
Akan ku halang segala perhubungan, 
Tidak ingin menjadi punca kerosakan, 
Tidak ingin memberi kata perpisahan, 
Tidak ingin menerima kebencian, 
Biarlah hidup keseorangan, 
Dari menghancur sebuah ikatan


Kembali menatap langit suram, 
Di saat dunia lena tenteram,
Mata ini enggan terpejam, 
Terlalu asyik menghitung detik jam, 
Terlalu kering tidak selesa, 
Terlalu pedih bila terbuka,
Terlalu lelah untuk menangis,



Wednesday, 2 November 2022

Managing Expectations.

I am okay with not being happy. 

I just don’t want to feel sad.

It feels okay feeling empty. 

As long as it is not sad. 


:)