Tuesday, 13 December 2022

Nampak macam kuat

 Rapuh. 

Bila Rindu Itu Salah

 

Semua tentang kita, 
Ada di dalam kepala, 
Tak pernah diusik atau dilupa,
Cuma wujud dan ada,
Terkadang sepi menyakitkan,
Tak pasti mana yang lebih pedih,
Pahit kerana cinta, 
Atau pahit kerana tiada cinta, 
Yang pasti hanyalah kenangan, 
Sisa-sisa waktu yang semakin pudar, 
Bukan kerana benci,
Tapi kerana sayang,
Bila hati terlalu yakin, 
Perpisahan jalan terbaik,
Kemudian akal berbisik, 
Leaving was a mistake, 
Adakah kekosongan ini berbaloi, 
Berbanding dengan kesedihan?
Aku tak pernah pasti, 
Rasa berdosa kerana terlalu berani, 
Meninggalkan seorang sempurna, 
Kerana tak mampu menanggung kekhilafannya, 
Tapi dia insan terbaik, 
Dan aku bukan untuknya.