Penentu polisi dunia adalah kau,
Hakim segala bicara adalah kau,
Penentu rasa bahagia juga adalah kau,
Pada kau, segalanya berkisarkan kau
Segala undang-undang engkau cipta,
Demi ketenteraman kau seorang sahaja,
Tiada erti empati juga simpati,
Yang kau pentingkan ego sendiri
Yang bercanggah pendapat kau label musuh,
Ide yang berbeza dipandang keruh,
Berkerut dahi bertutup telinga,
Yang bukan darimu tiada nilainya
Bukan sekutu yang kucari,
Bukan musuh yang aku wakili,
Tetapi terma yang kau tulis kejam,
Dan syarat yang kau beri berbau dendam
bleh share x?
ReplyDeletesile2. mekasih =P
ReplyDelete