Tuesday 9 May 2017

Cemburu

Dari cara kamu melihatnya,
Jelas,
Kamu terbayang hangat tubuhnya,
Wangian di leher kamu damba,
Dialah wildan yang selayaknya,
Untuk perhatian dan cinta


Dari cara kamu bicara dengannya,
Jelas,
Dia membuat kamu tertawa,
Walaupun bukan berjenaka,
Tetapi kerana hati berbunga,
Senyuman manis kau beri padanya


Dari cara kamu melihatku,
Jelas,
Ada sesuatu kekurangan yang ketara,
Mungkin tidak sampai hati, takut terluka,
Suaramu bersahaja tiada ketawa
Kerana aku bukan dia


Dari cara kamu bicara denganku,
Jelas,
Tiada yang istimewa walaupun kau istimewa untukku
Dalam hati terhiris pilu,
Begitu rapuh semuanya bagiku
Dijentik halus musnah harapanku


Sengaja aku melihat yang lain,
Jelas,
Tidak kau tercubit rasa cemburu,
Mungkin sahaja kau sedang menunggu,
Waktu terbaik berpisah
Tanpa kau menjadi punca masalah



No comments:

Post a Comment